Monday 30 September 2013

I miss you maybe ?!?!?!?!?

Hmmm,kenapa aku rasa macam lain je hari ni..Maybe sebab dia dah tak dekat dengan aku..Aku rasa aku rindu kau la ! Sebab sebelum ni,kau lah yang menceriakan hari ku..Pape pun aku bersyukur sebab Allah pertemukan aku dengan kau! Aku tahu kau baik orang nya.. Aku tak pernah menyesal kenal kau.. Mungkin ada hikmah di sebalik pertemuan ni..Aku rasa Allah pertemukan kita sebab Allah tau kau mampu mengembalikan semangat aku yang dulu nya makin lama makin terhakis,tetapi sejak kau muncul aku semakin bersemangat menempuh hari-hari yang mendatang dalam hidup..Terima kasih atas segala nya ! setiap hari aku akan mendoakan agar Allah melindungi dan menjaga engkau kerana aku hanya mampu mendoakan engkau dalam doa ku.Aku berharap yang engkau pun melakukan perkara yang sama.. Aku berharap yang kau berada dalam keadaan yang baik dan kau tidak akan lupa kan aku.. All the best  and i will always pray for you :)

Sunday 29 September 2013

My feeling ?!?!?!?!?!?

Aku tak tau kenapa aku jadi macam ni??Aku tak mampu nak hilang kan perkara ni daripada terus berlegar-legar dalam fikiran aku..Aku tak tau kenapa aku jadi macam ni..Setiap hari,setiap jam,setiap minit,setiap saat aku fikirkan dia..Aku tau macam dah angau pun ada,aku da cuba nak lupakan dia tapi tak berhasil..Bukan senang nak lupakan  orang yang kita dah sayang,maybe sebab tu aku tak boleh lupakan dia,hmmm.Aku asyik fikirkan dia sebab aku rasa lepas ni mungkin aku takkan dapat jumpa dengan dia lagi..Aku tak tau kenapa aku fikir macam tu..Dia ada cakap kalau ada masa kita jumpa lagi ~ tapi kenapa aku dapat rasa yang aku takkan dapat jumpa dia lagi..Stay strong! kau tak bole jadi macam ni! kau kena percaya yang semua nya telah ditulis oleh Allah SWT..Kalau Allah dah tulis yang kau akan berjumpa dengan dia lagi,pasti akan terjadi,semua tu qada dan qadar..Takde siapa yang boleh menukar qada dan qadar,itu je kau kena percaya! Always think positive and you will always happy with your life :') Aku tau bukan semua perkara kita kena luah kan,sama la macam perasaan aku pada dia,I will always keep it as secret..I don't wanna lose you..You make my day,i'm so happy when i see you,although,you're not handsome like k-pop idol but my heart fall for you..I fall for you when i saw you for the first time..I don't remember the date but you catch my attention..I know many handsome guy out there,I don't know why i fall for you! You're different from other boy..You such a good boy,I can see it.You say only a good words not like the other boy, say a bad words..Your personality catch my attention..People out there will always like people with handsome and beautiful face but I'm different..Handsome guy usually player,that's why i don't really believe guy this day..I don't want myself fall for a wrong guy again..You know what,it's hurt..I don't want think about it,it just a bad history for me..Such a player,he think he can get any girl he want..I've delete his name long time ago but why he appear in my life again?what he want? hurt my feeling again? Sorry,i will not accept you in my life again..For me there's no second chance for a guy like you..Just stay away from me! we're not enemy but i beg you,please stay away from my life! I'm happy with my life now, don't interfere my happiness! We're never ever getting back together! so just mind your own life and i will mind my own life.. Fair right, okay.I know you're happy with your new gf, don't hurt her feeling like you do to me..Please take care of her,don't make her sad.love her with all your heart but if you just wanna play with her feeling,just stop.she's not a doll that you can love and throw away when you don't need her..Many people told me that you couple with her because you want to show that she can replace me..Seriously,I don't even care..You're my past and you'll never be my present or future! There is one thing that i'm not satisfied with you,you're not even  say a single sorry..you're the one who make mistake but i'm the one who say sorry.. I say sorry bacause i don't want to argue with you anymore and not because i feel i'm wrong! ohh please..You're the worst guy that i have know..Your ego is too high and hot-tempered..You're my past,thanks for the lesson..

Saturday 28 September 2013

Boring !

hmm,what a boring day but not worst day ever hahaha..Serious aku cakap memang mendap pun hari ni.Tapi nasib baik la cuaca mendung je,takde la aku kepanasan sangat..Aku suka cuaca yang berangin :) macam sekarang ni la tapi aku rasa macam nak hujan je ni..Nasib baik aku da sidai kain awal pagi tadi,sempat la kain tu kering ~ memandang kan aku sorang je kat rumah ni, so aku rasa macam bole buat party je tapi aku takde mood :( Mama sampai hati tinggal wani kat rumah,bukan nak bawak wani sekali pegi kl..sedih tau tak..Ayah pulak kerja,tengah hari ayah tak balik pulak,maybe sebab mama takde kot sebab tu tak balik..Tengok la petang karang kalau aku ada mood ingat nak karok hahaha.Karok kat rumah je pun..Serious sejak akhir-akhir ni macam-macam aku fikir! stress gila..Kadang-kadang tu sampai migrain..Hadooii apa nak jadi la dengan kau ni wani?!?!? imagine kau deep sangat :3 Aku rasa aku bole jadi penulis skrip drama or filem and jadi pelakon..Ada bakat kot jadi pelakon ~ tapi aku tak minat berlakon,aku minat menyanyi..Setiap masa yang terluang aku akan habiskan dengan menyanyi sebab muzik bole tenang kan diri aku..Muzik adalah benda yang boleh dikatakan penting dalam hidup aku!

Friday 27 September 2013

Dengan izin Allah

Walaupun ini mungkin kali terakhir kita berjumpa tapi aku harap lepas ni kita boleh bertemu lagi..InsyaAllah dengan izin Allah SWT..Aku harap engkau akan jaga diri dan aku doakan supaya engkau sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan gembira dengan kehidupan kau selepas ni...Walaupun aku rasa mungkin selepas ni kita mungkin tidak boleh bertemu tapi aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk kau..Aku akan sibuk dengan tugas harian kerana peperiksaan  besar dan penting dalam hidup  akan aku duduki tidak lama lagi..Semoga engkau berjaya dalam hidup dan gembira di samping keluarga tersayang.Dapat capai cita-cita yang engkau impikan..Akhir sekali aku berharap yang engkau takkan lupakan aku apabila kau sudah berjaya kelak..

Secret ?!?!?!?

Please,Don't smile at me,
Don't make eye smile at me,
Cause I afraid,
Afraid that I fall in love,
In love with you,
Cause you might reject me,
Cause I'm older than you,
Sorry to say,
But I can't back up,
Cause I already fall in love with you,
Everyday I will glance at you,
I will stalk you,
I will cherish our moment,
I hope that you don't know about it,
But deep in my heart,
I hope you know about my feeling,
I will do everything to protect my love,
So I hope even if you know about it,
You will keep it secret,
So that we don't have to confront each other,
Cause i don't wanna lose you,
I willing to keep my feeling,
So that I can keep in touch with you...
I also don't really hope that you will be more than a brother...
Let's just this love be SECRET LOVE ~

Thursday 26 September 2013

This is TRUE !

"If you LOVE people at the same time,choose the second one,because if you really loved the first one you wouldn't have fallen for the second" - Johnny Depp
We do not heal the past by dwelling there...We heal the past by living fully in the present ~
"More the knowledge lesser the ego,Lesser the knowledge more the ego"

Mungkin aku akan menang !

Aku tak tau kenapa aku rasa dia suka kat kau..Nak tau sebab apa aku rasa macam tu??sebab dalam banyak-banyak budak sekolah kita dia pernah cakap dengan kau je..Dia sentiasa nak tegur kau.Takkan la kau tak bole perasan lagi..Haiyooo! Okay kau cakap yang dia nak tegur kau sebab dia pun minat k-pop tapi MUNGKIN je..Tak pasti lagi kan ~ Kita tak bole baca hati dan fikiran orang sebab kita hanya manusia biasa n benda tu di luar bidang kuasa manusia dan hanya ALLAH SWT je bole baca hati dan fikiran manusia...Kau nak cakap yang dia tak suka kau sebab dia tu TAKEN..Hmm just forget about it la..Orang yang dah bertunang pun boleh putus tunang ini kan pula yang baru bercouple bagai ni ~ It just my instinct..Kau selalu cakap yang instinct aku selalu salah hahaha.Tapi kali ni aku nak tengok sama ada instinct aku ni betul ke tak..Okay kalau instinct aku ni salah,yela kau menang kan sebab kau pun cakap yang kau akan menang...Kau cakap aku akan kalah n kau akan menang! Okay fine kita tengok siapa yang menang..Aku nak tengok sama ada aku yang menang atau kau yang menang hihihi..Kalau aku kalah,takpe aku tak kesah janji kau happy ^^v hahaha..Aku tau antara kita mesti sorang menang n sorang lagi kalah tapi kalau takde sape yang menang ?!?!?! okay kita seri :D hahahaha

Kenapa masih berdalih ?!?!?!?!?!?

Wahai sahabat ku.Kenapa engkau harus berdalih,aku rasa engkau patut jujur tentang perkara itu walaupun aku tau yang pada hakikat nya engkau memang menaruh hati terhadap nya.. Tetapi aku engkau selalu menidakkan apabila aku bertanya tentang perkara itu.hmmm.Memang pelik kerana engkau masih mahu merahsiakan yang engkau masih menaruh hati terhadap nya..Engkau memberi alasan bahawa engkau telah melupakan DIA.Aku tidak percaya semua itu kerana aku percaya bukan mudah untuk melupakan seseorang yang pernah menjadi orang yang istimewa dalam hidup kita.Jangan lah engkau berdalih lagi..Persahabatan kita ini bukan sehari dua,aku sudah kenal perangai engkau :) walaupun engkau sentiasa menidakkan hal itu tetapi engkau takkan boleh menipu hati sendiri..Aku tau engkau telah menaruh hati terhadap nya bukan sebulan dua..Pasti perasaan itu sukar untuk di padam dari hati,aku faham wahai sahabat ku..Jika engkau perlu kan aku,aku sentiasa ada untuk mendengar luahan hati engkau wahai sahabat :')

Tuesday 17 September 2013

Kehidupan ...

Okay mengenai image di atas,memang betul kehidupan kita ni penuh dengan manusia yang suka berpura-pura atau lebih dikenali sebagai talam dua muka,bukan setakat dua muka,talam sepuluh muka pun ada haha.Manusia yang jenis macam ni akan hidup dalam kepura-puraan.Aku tak faham macam mana dorang boleh hidup dengan perangai macam tu.Aku tahu takde manusia yang sempurna tapi aku rasa lebih baik elakkan diri dari mempercayai golongan ni.Mereka selalunya tidak boleh dipercayai dan tidak pandai menyimpan rahsia..Mereka akan berpura-pura baik di hadapan orang sekeliling tetapi di belakang orang perangai mereka lain dari apa yang dipamerkan.Golongan seperti ini boleh berpura-pura baik dan memuji di hadapan kita tetapi di belakang kita mereka bercerita buruk tentang diri kita di hadapan orang lain.Selalu nya orang yang berperangai sebegini tidak mempunyai kawan yang ramai kerana sikap nya yang menyakitkan hati dan sikap suka mengutuk dan bercerita buruk tentang diri orang lain.Mereka juga menganggap diri mereka terlalu sempurna.Kita boleh melihat keangkuhan mereka dari segi percakapan dan perbuatan mereka yang penuh dengan sifat sombong dan riak.

Monday 16 September 2013

Cabaran dalam hidup

Hmmm,esok dah sekolah.so bermulala lah minggu persekolahan mulai esok.Hari-hari yang memenatkan akan bermula.Seperti  yang korang tau,kalau minggu persekolahan mesti busy punya kan.Dengan sekolah nya,tak lupa juga dengan tuition lagi.Jadual aku penuh dari pagi sampai petang.Hari isnin,rabu n jumaat aku tuition.dari pagi sampai petang aku busy..Busy la sebab spm lagi berapa minggu je kan.Countdown spm menakutkan la pulak sebab spm kan menentukan masa depan kita jadi aku takut la..Tapi pape pun aku akan berusaha habis-habisan sebab spm hanya sekali dalam hidup ni.Aku harap aku akan berjaya dengan usaha aku sendiri.Aku tahu hanya dengan usaha aku sendiri je boleh menentukan aku berjaya atau tidak.Harapan family aku terlalu tinggi dan aku tak tahu aku dapat banggakan family aku ke tidak.Aku tetap akan berusaha banggakan family aku walaupun bukan straight A tapi cukup lah dengan result yang dapat membanggakan dorang.Aku taknak dorang kecewa dengan result aku yang teruk,aku nak dorang bangga dengan aku.Aku nak dorang happy dengan result aku lepastu dorang hantar aku ke universiti.Parent mana yang tak bangga hantar anak dorang ke universiti.Aku tahu selama ni,result exam aku tak la semuanya A tapi aku bersyukur sebab parent aku masih sayang kan aku..Aku sayang parent n family aku dan aku akan berusaha bersungguh-sungguh demi mendapatkan result yang sebaik mungkin.

Erti Kehidupan Yang Sebenar

Aku beruntung kerana mempunyai  kawan macam korang..Sebab korang aku tahu banyak perkara,Korang telah mengajar aku banyak perkara yang patut aku lakukan.Mungkin betul kata orang,aku terlalu baik sehingga kan orang senang pijak kepala aku.Tapi aku akan berubah kerana aku tidak mahu orang mengambil kesempatan atas kebaikan ku..Dalam dunia ni ada dua jenis kawan iaitu kawan yang ada ketika kita susah atau pun senang dan kawan yang hanya akan muncul ketika kita senang..Aku mempunyai banyak kawan yang ada ketika aku senang tetapi kawan yang ada ketika aku susah boleh dihitung dengan jari :')
tetapi aku beruntung kerana masih mempunyai kawan yang sanggup harungi kesusahan dengan ku.Aku rasa tanpa kawan-kawan ku yang sekarang ini,aku takkan mampu mengharungi cabaran dalam kehidupan.Aku tahu tanpa sokongan dan dorongan mereka aku takkan setabah sekarang.Aku patut bersyukur kerana mempunyai kawan seperti kalian.Persahabatan tidak boleh dibeli dengan wang kerana terlalu bernilai.Kerana kehadiran korang aku faham erti persahabatan yang sebenar.Aku takkan lupakan persahabatan kita sampai bila-bila.Walaupun kita sudah tamat persekolah nanti,aku berharap persahabatan kita takkan tamat sampai di situ je.Aku nak kita rapat macam zaman persekolahan  kerana aku dah anggap korang macam adik beradik dan keluarga aku sendiri.Bnayak perkara kita kongsi kan bersama.Masalah  dapat aku atasi dengan mudah dengan kehadiran korang.Terima kasih aku ucapkan atas segalanya.Aku sayang korang sangat-sangat <3

Sunday 15 September 2013

kita tidak serapat dulu

Assalamualaikum,apa yang aku nak cerita sekarang adalah mengenai persahabatan yang telah terbina sejak aku dan dia berumur 7 tahun.Persahabatan kami ibarat isi dengan kuku, di mana ada aku di situlah ada dia..
TAPI itu semua cerita lama.Aku dan dia tidak lagi bertegur sapa,aku dengan cara aku dan dia dengan caranya.Sebenarnya penyebab pergaduhan ini disebabkan seorang lelaki yang aku sudah anggap seperti adik aku sendiri kerana umurnya setahun muda dari aku yang bernama capital F.Aku rasa dia tidak matang kerana mahu memutuskan persahabatan yang telah lama terbina hanya disebabkan lelaki yang aku sudah anggap seperti adikku sendiri.Dia salah faham kerana aku selalu meluangkan masa ku bersama capital F.Tapi kami bukan berdua kerana kakak capital ada bersama.Kakak capital F merupakan bestfriend aku dan kami selalu meluangkan masa bersama kerana rumah opahnya terletak berdekatan dengan rumah ku.Capital F pernah couple dengan dia tetapi tidak bertahan lama kerana dia terlalu cemburu kerana aku dan capital F terlalu akrab.Sudah puas menjelaskan bahawa kami hanya kawan dan tiada perasaan yang timbul antara kami.Capital F juga hanya menganggap ku sebagai kawan dan kakak.Tiada hubungan yang lebih daripada itu.Dia meminta untuk putus dengan capital F,aku agak terkejut mendengar berita itu.Aku merasa aku lah penyebab mereka putus tetapi capital F mengatakan aku bukan lah penyebab nya.Aku tidak menyangka keakraban kami membawa kepada putusnya hubungan antara mereka.Selepas peristiwa itu kami tidak lagi bertegur sapa dan kami bermasam muka apabila bersua.Aku tidak tahu apa salah ku, aku rasa engkau yang terlalu cemburu, aku masih ingat lagi, engkau cemburu apabila aku rapat dengan orang lain dan kita bergaduh disebabkan perkara yang kecil.Aku dapat rasakan yang engkau bercerita buruk tentang ku pada kawan-kawan kau,kerana aku dapat melihat mereka tidak lagi menegur dan senyum apabila melihat ku.Aku tak kisah apa yang engkau burukkan tentang diriku aku berharap suatu hari nanti kau akan sedar akan kesalahan kau.Kau terlalu mengikut perasaan,mungkin aku tidak lagi mengenali diri kau kerana kau sudah banyak berubah.Kau berubah,mungkin kerana kau sudah banyak kawan-kwan yang baru.Aku rasa kau boleh hidup tanpa aku dan kau bahagia dengan kawan baru engkau.Aku gembira melihat kau bahagia,Kalau pun kita sudah berbaik,aku rasa persahabatan kita takkan seakrab dahulu kerana kita sudah bermasam muka terlalu lama..Aku berharap agar engkau berjaya dalam hidup dan dapat mencapai impian yang engkau ingin kan.Apa apa pun, aku minta maaf kalau aku ada buat salah selama kita berkawan kerana aku tahu diri aku tidak sempurna dan tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.Aku tidak mahu menanggung dosa kerana kita tidak lagi bertegur sapa tetapi apa kan daya, engkau tidak mahu bertegur sapa dengan ku.Aku tidak mampu memaksa engkau melayan aku dan berbaik seperti dulu kerana itu semua hak engkau.