Thursday 31 October 2013

L.O.V.E

People say love is blind.. I say age is just a number.. We can love him eventhough he is younger than us :') We can't avoid that feeling, love people while you can ~

Friday 11 October 2013

ATTENTION SEEKER!

okay,kali ni nak cerita pasal seorang makhluk tuhan ni..Tak perlu kot nak mention nama dia tapi aku rasa dia ni annoying gila! aku pun da tak bole blah dengan dia..Aku ingat dia betul-betul baik dengan gang aku rupanya ada udang di sebalik mee! hmmm ada udang di sebalik batu tak besh,mee lagi sedap lol.. merepek je aku ni,da mereng agak nya..maybe sebab spm da nak dekat,macam meroyan pun ada hahaha.. makhluk tuhan ni,cakap depan kiteorang lain tapi depan budak lain dia kutuk kiteorang.. orang macam ni layak direjam je! geram betul aku.. takde kerja ke apa.. apesal busybody sangat haishhh! aku rasa tak sesuai kau macam tu,pekerjaan kau tu mulia tapi kau buat kiteorang pandang kau negatif sebab mulut n perangai kau tu.. Jangan disebabkan mulut badan binasa.. Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padah nya! tu je aku nak bagitau.. sorry la,kiteorang tak suka manusia macam kau,cakap main sedap mulut je,tak pandang kiri kanan bila bercakap.. Mengutuk n mengumpat orang kau lah juara, lidah setajam pedang samurai, sungguh tajam.. aku harap kau dapat fikir perasaan orang sebelum kau mengutarakan sesuatu perkataan.. orang lain pun ada hati dan perasaan! kau ingat kau sorang je ada hati dan perasaan.. Kau mungkin rasa tu sebagai lawak tapi bagi orang yang kau kutuk tu?!?!?! kau tak fikir pulak apa dia rasa?? kau tahu tak dia malu,rendah diri.. Kau tu manusia,ada otak kan tapi kenapa tak guna otak kau tu nak fikir?? tak boleh beza kan yang mana baik or buruk ke?? otak tu dah paralysed ke pun! tak faham aku apa yang kau rasa bila dah malu kan orang.. kau rasa puas maybe!! kesian orang yang kau malu kan tu ,aku rasa mesti dia malu tapi dia berlagak cool je depan kau.. takkan tak boleh faham kot.. kau bukan setahun jagung tak boleh fikir! pastu kau ni suka orang mengedik dekat kau..aiyerr tak faham aku.geli tau tak.. aku perasan yang kau ni agak pilih kasih.. ayoyo kau ingat aku kesah ke tapi agak la nak tunjuk depan kiteorang pun.. aku ingat lagi kau belanja budak tu makanan tapi kau bagi depan kiteorang.. kalau taknak bagi kat kiteorang takpela, tapi jangan la bagi depan kiteorang. terasa la jugak! perangai macam apa je! nyampah la bila ingat balik! haishh ~ tak habis-habis sebut nama budak tu kat kiteorang! kau nak tau sangat pasal dia?? text or call la sendiri.. kau ingat kiteorang ni bodyguard dia ke apa.. asyik tanya pasal dia je kat kiteorang ==' damm la.. actually kau bole je text dia kan,tapi saja nak tanya kiteorang.. annoying tau tak! dah la pasal buku tu pulak..orang lain bayar tapi kau bagi dia free?!?! kau ni sugar daddy dia ke apa?? aku rasa la.. sebab kau asyik sibuk tanya pasal dia je.. macam ada something je! tapi aku rasa aku takkan siasat, buang masa aku je! baik aku baca sejarah daripada nak siasat pasal benda tak penting ni.. ni lagi bosan dari sejarah serious talk annoying je lebih!sakit hati la dengan kau,serious macam apa je! kau buat orang sakit hati..aku hanya mampu bersabar je.. semoga Allah memberi petunjuk untuk kau berubah ke jalan nya Amin!

Wednesday 9 October 2013

Dah MERDEKA batch 98!

Okay kalau nak bercerita pasal PMR 2013 ni macam-macam aku nak cerita..ehemm kenapa beria sangat aku ni?macam aku yang sit untuk pmr lol! aku excited je sebab orang yang aku sayang sit untuk pmr tahun ni..biasa la tu, kena la over sikit kan..Masa batch98 exam aku tak habis-habis berdoa supaya dia dapat jawab dengan tenang dan tak ketandusan idea..Aku harap Allah SWT makbul kan la doa aku tu..Hmmm lepas ni turn aku pulak la sit paper untuk SPM! YA ALLAH nervous gila kot, lagi 27 hari lagi kalau tak silap,tak tolak cuti lagi ..serious aku kena struggle gila,sebab dah kesuntukkan masa..Aku tak nak menangis di kemudian hari sebab dah tak guna dah menangis masa tu :') satu benda je aku takut,aku takut aku tak dapat banggakan parent aku dengan result yang gempak! aku tak nak dorang kecewa dengan result aku..so aku kena struggle dari sekarang.. insyaAllah bole berjaya kalau ada usaha dan tawakkal ~ okay sambung balik pasal Pmr tadi,disebab kan pmr tahun ni yang terakhir. soalan yang dorang jawab agak senang tak sama macam batch96 agak susah di situ.. apa apa pun untung la batch98 sebab soalan nya agak senang :) lucky la korang.. jealous sikit heeeee! aku rasa pencapaian straight A meningkat.. Boleh diramal sebab soalan yang dorang jawab aras yang agak mudah.. okay nak nasihat kau jangan seronok sangat sebab dah merdeka,beringat sikit..seronok tu berpada-pada ya! jangan lupa jaga diri semua.. Risau la,sebab dah lama tak jumpa n tengok kau depan-depan. Aku harap kau dalam keadaan yang baik :)

Sunday 6 October 2013

Perasaan ini ~

Hmm,actually aku nak lupa kan tapi tak bole,maybe sebab aku da sayang kau sangat-sangat..Walaupun aku tak tahu perasaan kau terhadap aku,aku akan tetap sayang kau..Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kau walaupun kau tak dekat dengan aku..Memang betul bila tengok kau happy n senyum membuat kan aku juga tersenyum..Aku tak dapat bayang kan apabila kau berjalan beriringan bersama perempuan lain..Mungkin aku akan tersenyum apabila kau memandangku tetapi jauh di dasar hati ku hanya tuhan yang tahu..Hati ku luluh dan hancur melihat kau bersama perempuan lain..Mungkin tidak patut aku cemburu melihat engkau bersama perempuan lain kerana engkau bukan milikku..Tetapi aku berharap suatu hari nanti engkau akan menjadi milikku..Walaupun aku tahu ini mustahil tetapi aku hanya mampu berdoa pada Allah SWT... Aku tahu yang engkau sama sekali tidak tahu tentang perasaan aku terhadap kau kerana aku tau kau rasa aku menganggap kau sebagai ---- sahaja tetapi pada hakikat nya lebih daripada itu ~ perbezaan umur membuatkan aku rasa aku tidak layak untuk kau dan aku dapat merasakan yang engkau akan "REJECT" aku...Bukan mudah untukku jatuh hati pada lelaki tetapi apabila aku sudah jatuh hati susah untukku berhenti..Apabila aku sudah menyayangi seseorang itu,aku akan menjadi seseorang yang terlalu mengambil berat tentang nya..Ini lah yang terjadi kepada ku sekarang...Aku sentiasa berdoa agar Allah melindungi engkau dan engkau dalam keadaan yang baik... Aku taknak bertepuk sebelah tangan kerana itu sungguh menyakitkan..Aku berharap yang engkau dapat merasakan perasaan yang sama seperti yang aku rasa terhadap engkau ~ Dengan sifat engkau yang tidak kasar itu membuatkan aku jatuh hati terhadap engkau..Aku tidak suka akan lelaki yang kasar dan bajet handsome tetapi kau sebalik nya..Itu yang membuatkan aku suka terhadap engkau...Aku berharap yang engkau takkan lupa kan aku kerana aku tidak pernah lupa kan kau ~

Annoying ?!?!?!?!?!?!?!?

Actually bukan aku tak nak text kau tapi aku tak nak kau rasa yang aku ni annoying! tu je.Lagi satu aku tak nak kau jauh kan diri dari aku..Aku nak kau text dulu sebab itu makna nya kau tak lupakan aku hihihi :) sape tak happy bila orang yang dia suka n sayang text dia dulu ??? takde sape yang tak suka,semua orang kat dunia happy bila orang yang dia suka n sayang ingat kat dia..sama la macam apa yang aku rasa :')
Walaupun kau tak tau yang aku sayang kau  tapi ini tak bermakna aku akan berhenti daripada sayang kau..Cukup lah ini menjadi rahsia aku..Biar lah Allah yang menentukan nya..

Wednesday 2 October 2013

Best Wish for you!

Hmmmm,kau tak de salah dengan aku pun..Jangan la buat aku sedih hantar text macam tu.Nasib aku tak nangis tau tak! eeeeee,dah la aku rindu kau n ingat nak text good luck kat kau,tengok-tengok kau yang text aku dulu :) hahaha.serious la, aku happy gila bila kau text aku tadi.. Itu maksud nya kau tak lupakan aku hihi Memang aku tunggu text kau pun! actually,aku takut nak text kau dulu..Takut aku ganggu masa kau ~ Bukan saja-saja taknak text okay.. Jawab elok-elok,jangan lupa baca doa penerang hati n selawat semua.. InsyaAllah kau bole jawab,aku yakin tapi dengan izin Allah.. Walaupun kau tak suruh aku doakan kau,aku sentiasa akan doakan kau dalam doa ku.. Semoga kau mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat, Amin! Aku harap kau akan terus berusaha demi masa depan kau n tak mudah berputus asa ~