Tuesday 5 November 2013

Good Luck Spm? !?!?!

Aku agak terkejut dengan mesej yang dihantar oleh mu.. Aku seronok kau menghantar mesej terhadapku tetapi dalam masa yang sama aku menyalahkan diriku kerna tidak dapat membalasnya.. Kreditku sudah tamat tempoh jadi aku tidak boleh membalas mesej mu.. Mungkin aku berasa agak kecewa kerna tidak dapat membalasnya.. Aku tidak tau kenapa dari tadi air mata ku tidak berhenti membasahi pipiku.. Aku mengaku yang aku terlalu rindu kan kau sampai aku menyalahkan diriku kerana tidak boleh membalas mesej mu :( Aku tidak pernah menangis disebabkan lelaki seteruk ini.. Kau terlalu istimewa dalam hati ku.. Telah ku cuba untuk menggantikan tempat mu dengan lelaki lain tapi perasaan itu tidak sama seperti yang aku rasakan terhadap engkau :') Walaupun aku tau kita tak mungkin bersama kerana aku tau yang engkau hanya menganggapku sebagai teman biasa.. Aku tau aku seperti bertepuk sebelah tangan.. Takkan berbunyi kerana ia memerlukan sepasang tangan untuk membolehkanya berbunyi apabila ditepuk.. Aku tersedu-sedu menangis, aku rindu sangat-sangat pada engkau wahai makhluk tuhan ~ Aku tau yang kau tidak pernah tau apa yang aku rasa terhadapmu.. Aku rasa yang tangan ku takkan bole berbunyi sampai bila-bila.. Kau tidak suka aku. Kau suka perempuan itu.. Lebih cantik dari diriku.. Aku sedar aku tidak setanding dia.. Dia terlalu sempurna di matamu :')

3 comments: