Monday, 16 September 2013

Erti Kehidupan Yang Sebenar

Aku beruntung kerana mempunyai  kawan macam korang..Sebab korang aku tahu banyak perkara,Korang telah mengajar aku banyak perkara yang patut aku lakukan.Mungkin betul kata orang,aku terlalu baik sehingga kan orang senang pijak kepala aku.Tapi aku akan berubah kerana aku tidak mahu orang mengambil kesempatan atas kebaikan ku..Dalam dunia ni ada dua jenis kawan iaitu kawan yang ada ketika kita susah atau pun senang dan kawan yang hanya akan muncul ketika kita senang..Aku mempunyai banyak kawan yang ada ketika aku senang tetapi kawan yang ada ketika aku susah boleh dihitung dengan jari :')
tetapi aku beruntung kerana masih mempunyai kawan yang sanggup harungi kesusahan dengan ku.Aku rasa tanpa kawan-kawan ku yang sekarang ini,aku takkan mampu mengharungi cabaran dalam kehidupan.Aku tahu tanpa sokongan dan dorongan mereka aku takkan setabah sekarang.Aku patut bersyukur kerana mempunyai kawan seperti kalian.Persahabatan tidak boleh dibeli dengan wang kerana terlalu bernilai.Kerana kehadiran korang aku faham erti persahabatan yang sebenar.Aku takkan lupakan persahabatan kita sampai bila-bila.Walaupun kita sudah tamat persekolah nanti,aku berharap persahabatan kita takkan tamat sampai di situ je.Aku nak kita rapat macam zaman persekolahan  kerana aku dah anggap korang macam adik beradik dan keluarga aku sendiri.Bnayak perkara kita kongsi kan bersama.Masalah  dapat aku atasi dengan mudah dengan kehadiran korang.Terima kasih aku ucapkan atas segalanya.Aku sayang korang sangat-sangat <3

No comments:

Post a Comment