Sunday, 15 September 2013

kita tidak serapat dulu

Assalamualaikum,apa yang aku nak cerita sekarang adalah mengenai persahabatan yang telah terbina sejak aku dan dia berumur 7 tahun.Persahabatan kami ibarat isi dengan kuku, di mana ada aku di situlah ada dia..
TAPI itu semua cerita lama.Aku dan dia tidak lagi bertegur sapa,aku dengan cara aku dan dia dengan caranya.Sebenarnya penyebab pergaduhan ini disebabkan seorang lelaki yang aku sudah anggap seperti adik aku sendiri kerana umurnya setahun muda dari aku yang bernama capital F.Aku rasa dia tidak matang kerana mahu memutuskan persahabatan yang telah lama terbina hanya disebabkan lelaki yang aku sudah anggap seperti adikku sendiri.Dia salah faham kerana aku selalu meluangkan masa ku bersama capital F.Tapi kami bukan berdua kerana kakak capital ada bersama.Kakak capital F merupakan bestfriend aku dan kami selalu meluangkan masa bersama kerana rumah opahnya terletak berdekatan dengan rumah ku.Capital F pernah couple dengan dia tetapi tidak bertahan lama kerana dia terlalu cemburu kerana aku dan capital F terlalu akrab.Sudah puas menjelaskan bahawa kami hanya kawan dan tiada perasaan yang timbul antara kami.Capital F juga hanya menganggap ku sebagai kawan dan kakak.Tiada hubungan yang lebih daripada itu.Dia meminta untuk putus dengan capital F,aku agak terkejut mendengar berita itu.Aku merasa aku lah penyebab mereka putus tetapi capital F mengatakan aku bukan lah penyebab nya.Aku tidak menyangka keakraban kami membawa kepada putusnya hubungan antara mereka.Selepas peristiwa itu kami tidak lagi bertegur sapa dan kami bermasam muka apabila bersua.Aku tidak tahu apa salah ku, aku rasa engkau yang terlalu cemburu, aku masih ingat lagi, engkau cemburu apabila aku rapat dengan orang lain dan kita bergaduh disebabkan perkara yang kecil.Aku dapat rasakan yang engkau bercerita buruk tentang ku pada kawan-kawan kau,kerana aku dapat melihat mereka tidak lagi menegur dan senyum apabila melihat ku.Aku tak kisah apa yang engkau burukkan tentang diriku aku berharap suatu hari nanti kau akan sedar akan kesalahan kau.Kau terlalu mengikut perasaan,mungkin aku tidak lagi mengenali diri kau kerana kau sudah banyak berubah.Kau berubah,mungkin kerana kau sudah banyak kawan-kwan yang baru.Aku rasa kau boleh hidup tanpa aku dan kau bahagia dengan kawan baru engkau.Aku gembira melihat kau bahagia,Kalau pun kita sudah berbaik,aku rasa persahabatan kita takkan seakrab dahulu kerana kita sudah bermasam muka terlalu lama..Aku berharap agar engkau berjaya dalam hidup dan dapat mencapai impian yang engkau ingin kan.Apa apa pun, aku minta maaf kalau aku ada buat salah selama kita berkawan kerana aku tahu diri aku tidak sempurna dan tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.Aku tidak mahu menanggung dosa kerana kita tidak lagi bertegur sapa tetapi apa kan daya, engkau tidak mahu bertegur sapa dengan ku.Aku tidak mampu memaksa engkau melayan aku dan berbaik seperti dulu kerana itu semua hak engkau.




No comments:

Post a Comment