Tuesday, 17 September 2013

Kehidupan ...

Okay mengenai image di atas,memang betul kehidupan kita ni penuh dengan manusia yang suka berpura-pura atau lebih dikenali sebagai talam dua muka,bukan setakat dua muka,talam sepuluh muka pun ada haha.Manusia yang jenis macam ni akan hidup dalam kepura-puraan.Aku tak faham macam mana dorang boleh hidup dengan perangai macam tu.Aku tahu takde manusia yang sempurna tapi aku rasa lebih baik elakkan diri dari mempercayai golongan ni.Mereka selalunya tidak boleh dipercayai dan tidak pandai menyimpan rahsia..Mereka akan berpura-pura baik di hadapan orang sekeliling tetapi di belakang orang perangai mereka lain dari apa yang dipamerkan.Golongan seperti ini boleh berpura-pura baik dan memuji di hadapan kita tetapi di belakang kita mereka bercerita buruk tentang diri kita di hadapan orang lain.Selalu nya orang yang berperangai sebegini tidak mempunyai kawan yang ramai kerana sikap nya yang menyakitkan hati dan sikap suka mengutuk dan bercerita buruk tentang diri orang lain.Mereka juga menganggap diri mereka terlalu sempurna.Kita boleh melihat keangkuhan mereka dari segi percakapan dan perbuatan mereka yang penuh dengan sifat sombong dan riak.

No comments:

Post a Comment